Monday, May 23, 2011

All i Need


Guy sebastian

all i need is you......................

Tarikh





Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)


1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir  tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai  orang yang  tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap  serius  terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan,  dia  sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan  pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan  persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.



2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci  jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar  dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang  mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.



3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan  yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah  untuk di mengertikan.



4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata  keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang  tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat  dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan  faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar,  mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.



5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita  tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang  menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.



6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang  menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia  disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang  yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga  dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.



7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang &  jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi  masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.



8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan  suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan  seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu  dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.  Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.



9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai  cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.



10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia  berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya  dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering  membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan  sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat  kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam  pergaulan.



11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.



12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan  seniman asmara.





p/s erm ape yag di papar kan kat atas tu tak pasti betul atau kebetulan tau.. jangan caye sangat yuni cume nak share aje..... kalu betul-betul ape salah nye... kan.....

Saturday, May 21, 2011

KauKesah





salam


Sebelum magrib tadi yuni menghabiskan mase ngan blogwalking seronok gi blog-blog orang kan bace macam topik yang di bincang kan tapi yuni bertarik giler ngan blog nie ada kartun-kartun. Yuni memang suke tengok kartun-kartun nie dengan  cara pengolahan lukisan bermain ngan perasaan orang yang melihat nye..


Nie link blog yuni cerita tadi http://kaukesah.blogspot.com  nie header blog nye. Header pun ada kartun tau tengok bedah tu hehehe..


kaukesah.blogspot.com




Di sini antara lukisan-lukisan yang mencuit hati yuni............















Bestkan banyak lagi gambar-gambar seperti atas tau jagn lupa tengok ye....




p/s hari nie ayat tunggang langgang cket sebab penat keluar berjalan satu ipoh pagi tadi lum habis lagi lah hehehe
wassalam





Friday, May 20, 2011

Ceria Bersamamu





Kau tahu ku gemar menyanyi
Aku suka menari
Walau kita banyak beza
Namun hati kita serupa

Hariku sunyi tanpa kamu
Aku jua begitu
Pabila kita bertemu
Hilanglah resah di kalbu

Ku ingat oh wajahmu
Dari sentuhan kasihmu
Bila kita kan bertemu oh sayangku

Ceria bersamamu
Sinar dalam hidupku
Bila kita kan bertemu oh sayangku

Ceria bersamamu
Bahagia disisimu
Hatiku hatimu kini satu
Bersama cinta indah
Yang kita bina

Walau kau bukan yang pertama
Kau pun juga begitu
Cinta kita istimewa
Bagai di syurga bersamamu

Andai cinta kita direstui
TUhan yang maha Esa
Pasti ku korban segala
Demi cinta ku

Ku teringat oh wajahmu
Dari lirikan matamu
Bila kita bertemu oh sayangku

Rasakan debaran cintaku cintamu
Indahnya belaian kasihmu
Oh! Hangat cinta kita
Lupakan segala kisah lalu
Hanya kau saja yang ku damba 



Anding n Edlin






Thursday, May 19, 2011

Special Delivery

salam

Entri hari ini khas ditujukan kepada yang shabat yang teristimewa... Disebabkan hari jadi nye jatuh pada :

19 MEI 2011
Saya AYUNI ARIS
dan
SHAHFARIL ISAHAK

ingin mengucapkan selamat hari lahir
cik HUSNA ROSLI
Yang Ke-21


special delivery kat bawah nie





Akhir kata
Semoga di murahkan rezeki umur panjang dan hidup mendapatkan keredhaan Allah s.w.t ye
Husna Rosli


Wassalam

Tuesday, May 17, 2011

Pinic & BBQ



salam


Masih terase penat badan sebab pagi tadi gi pinic kat Hulu chepor, ngan wat BBQ lagi yuni bukan wat banyak keje pun mengeluh aje pandai kan. Kami datang awal-awal pagi kot sebab nak cop tempat takut ramai plak datang maklum lah hari nie cuti Am.


Aktiviti bermula ngan acara nak idup kan api lah nak wat BBQ lame jugak nak idup kan api tu.. Arang tak mau nak terbakar nasib baik lah api mau idup shah yang cube idup kan api tu. kalu tak kami tenung aje lah ayam tu sampai masak macam fiza selalu cakap kan heheh.


Sebenar nye kami berenam nak wat kejutan tuk edy ngan una sebab nak sambut hari jadi mereka lah. Tapi x jadi banyak jugk tukar plan last-last tikah suruh una ngan edy amik barang belakang bonet kereta tikah.
kami dah gelak-gelak mase tu. Una la takut-takut ingat ada kucing dalam bonet tu rupanye nye kek hari jadi. Kek nie spesial siket sebab tikah yang wat sendiri yang unik nye atas kek tu mari tengok gambar..



Dah tak gune name sekarang tau tapi gune matrik kat nye nombor unik kan. Pas makan kek mula lah aktiviti nak membakar ikan, ayam ngan hotdog. Tak ketinggalan tuk beremdam kat dalam sungai tu sejuk tapi best giler la. Paling seronok sekali tengok hilda lah dari mula sampai nak balik beremdam aje dalam sungai tu...












Pinic hari nie merupakan sebuah memori yang akan menjadi kenangan yuni ngan kawan-kawan yuni...............
wasalam

Saturday, May 14, 2011

ishhh ishhh



salam


Wah nape wat tajuk macam tu hanye mampu tersenyum aje. Mane tak nye baru aje nak lepak kat kat kedai makan dah ada org wat kecoh....


Tah mane datang makcik ngan pakcik nie datang makan same waktu kami sampai nie. Lum duduk lagi dah wat kecoh sume orang tengok kot. Tapi makcik nie tak tau nak segan lansung cakap main suke hati die aje nak cakap tak kisah lansung ngan orang sekeliling die...


Bukan nak jatuh kan maruah seseorang tu tapi bergantung kan diri sendiri. Selama 30 minit yuni ngan shah lepak kat kedai mamak tu ada aje yang tak die puas hati plak tu. Yang tak tahan tu siap ngutuk mamak lak tu.  
Ape yang di kutukan oleh makcik tu x dapat lah di siarkan di blog ini karang jadi "BalaBala"...


Mula2 meja yuni ngan shah depan meja makcik tu kami tak tahan kot die asyik bercakap x henti-henti. Kami tukar meja jauh cket dari makcik tu serius kalu korang kat tempat kami pun wat macam tu kot. Yang tak tahan tu wat kedai mamak nie macam kedai sendiri plak tu...


Malam nie macam lah korang tak tau ada MAHARAJA LAWAK orang yang datang kedai mamak tu nak tengok cite tu kot...
Die leh gi marah mamak tu cakap orang datang nak tengok bola...
Mamak tu alih channel maharajalawak die gi cari sape yang tukar channel tu. Sume orang tengah makan terkejut kot sebab makcik tu bangun dari tempat die duduk tu serang mamak tu..


Di sebabkan x tahan sangat dengor makcik tu asyik bercakap aje kami pun cepat-cepat abis kan makanan balik umah....sebelum kami plak jadi mangsa terjahan makcik tu..


Mintak-mintak lah pasni kedai mamak tu boikot makcik ngan pakcik tu masuk kedai kalu tak abis sume pelanggan lari.. Tampal gambar besar-besar kat depan kedai pun takpe heheh.




p/s kene muhasabah diri nie huhuh


wasalam..

Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu..



Salam


Hari ibu wah mesti sume ibu-ibu tengah gembira kan maklum lah ada hari ibu. Bersemperna ngan  hari ibu nie yuni baru aje tefon mak untuk mengatakan SELAMAT HARI IBU  borak panjang jugak lah ngan mak.. di sebabkan rindu sangat lah kate kan. Orang lain balik kampung sambut hari ibu yuni plak jauh ngan mak. Hanya mampu wat pangilan telefon aje lah hehehe. Mase yuni bagitau pasal hari ibu pada mak tadi ayah pulak jeles. Hari bapa tak de ke yuni cakap bulan depan lah ehhehe..


Di sebabkan yuni jauh dari mak leh lah nak bagi hadiah lah macam selalu.. hadiah ape ek korang selalu bagi kat ibu korang waktu-waktu macam nie. Sebenarnya mereka bukan nak sangat hadiah itu suma tapi sebenarnye kasih sayang seorang anak ke pada ibu mereka betul tak.


Yuni nak kongsi pengalaman sambut hari ibu nie mase yuni sekolah menengah lupa plak tingkatan berapa. Yuni ngan 3 orang adik yuni plan nak wat kek sendiri. Mungkin sume tak caye kan yuni leh wat kek. Tu dah satu hal di sebab kan mak ada kat umah macam susah siket nak wat operasi wat kek nie. 


Akhir sekali kami wat kek dalam bilik yuni abis sume oven ngan perkaksan nak wat wat kek masuk dalam bilik yuni.. Di sebabkan dah nekad sangat nak wat kek macam tu lah jadi nye abis bersepah bilik yuni.. 


Nasib baik jadi kek yang kami buat kalu tak jadi wat malu aje kat ata kek tu kami tulis selamat hari ibu. Mak sebenarnya tau ape kami nak wat sebenar nye tapi mak diam aje tau. Kami lihat muka mak gembira sangat dapat makan kek anak-anaknya masakkan heheh...


Kek nie yang kami cube buat tapi gambar di atas bukan gambar yang sebenar  ya




Akhir kata...............

SELAMAT HARI IBU 
kepada
SITI LASIMAH BINTI SALIMAN
dari 
AYUNI ARIS
EWAN ARIS
AMIR ARIS
AISHAH ARIS
tak di lupakan
ARIS (ayah)
Kami sayang Mak.


Yuni & mak yuni


p/s ingat jangan sayang ibu pada hari tertentu aje tetapi sayangi mereka setiap hari tau...

Sunday, May 1, 2011

Atie Kawen



salam...


Dah sehari tak update blog... hari nie yuni nak mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada 




SURIATIE BINTI IBRAHIM (atie)
dengan pasanganya
MOHAMMAD NOOR ADLIL BIN MOHAMAD SOFIAN(adlil)

Pada 30 April 2011 & 1 Mei 2011
Bertempat di Parit Buntar & Kemunting.



Mintak maaf sangat2 sebab tidak dapat menghadiri majlis anda berdua yeah.. Yuni doakan semoga korang berdua bahagia ke akhir hayat sampai ke anak cucu.




Gambar Pasangan Yang Di raikan

Suap-menyuap ye..





Seronok tengok mereka bahagia gambar-gambar di atas sumbangan amirah alias....


p/s Nie atie roomate yuni kat kamsis mase sem 2 dulu.. sem 5 pulak satu bilik kat umah sewa... 





Wassalam