assalammulaikum
Kenape dengan tarikh di atas tu.. kalu sume orang nak tau yuni baru sahaja kehilangan nenek belah mak kesayangan yuni yang tinggal di rawang selangor.. setelah seminggu lebih di masukkan di Hospital Kuala Lumpur..
Sempat jugak yuni serta sanak saudara menziarahi nenek yuni dalam keadaan sedar sehingga meninggalnya arwah nenek yang telah pergi ke Rahmatullah pada 11/10/2011 pada pukul 3.30 pagi di Wad Pemulihan Jantung.
Tetapi yuni tak dapat menghadirikan diri pada kenduri talil nenek yang sudah di laksanakan selama 3 malam berturut-turut kerana adik yuni amir pula jatuh motor yang mengakibatkan jari kaki kanannya patah yang berlaku pada pukul 8.30 tarikh 10/10/2011.. Hanya mak saje yang menjdi wakil keluarga kami untuk menguruskan urusan jenazah nenek bersama-sama dengan senak saudara yang berada di Kuala Lumpur.
Pada waktu kejadian amir jatuh motor tu yuni, ayah dan aishah berada di Hospital Kuala Lumpur setelah mendapat berita tersebut kami terpaksa lah balik untuk menguruskan kemasukkan amir di Hospital Segamat. Kami bertolak dari Kuala Lumpur dalam pukul 11 malam dan sampai di Segamat pukul 3 pagi.. Sampai sahaja di segamat ayah mendapat berita pula arwah nenek sudah meninggal dunia.... Rase sebak sayu aje persaan kami sekeluarga..
Gambar nenek yang memakai tudung berwarna hitam di atas merupakan gambar raya tahun nie gambar terakhir arwah nenek yang mungkin menjadi kenang-kenangan kami bersama nenek..