Thursday, March 31, 2011

Life Frame

Jom tangkap gambar ngan ASUS Life Frame


Muka-muka sebelum nak masuk kelas project

Kelas Web programming


Life Frame ada game juga

una menang game nie

Mata pun ada love..



maklumat mengenai life frame klik Sini

Baju Kelabu Serang McD

Assalammulaikum..

Pagi-pagi lagi ada oarng wat hal kan. Cian Shahfa kene kejutkan yuni yang tido tak sedar diri. Kelas kul 8 leh pulak terbangun lambat kalu kat umah mesti dah kene bebel ngan mak. Nasib baik hari nie madam tak marah masuk lambat, sebab hari madam nak tunjuk markah PB saja. Mase tu dah cuak lah datang lambat.

Pagi nie sepatutnya ada photoshoot tapi di batal kan lagi. Semalam hujan tak kisah lah batal hari ni terang berderang pun batal jugak ke. Dah lah pakai baju korporat yang same macam semalm. Karamg kami mogok baru tau.

Last-last shahfa bg cadangan "Ape kate kite gi makan breakfast kat mcd, hari nie last leh dapat breakfast pecuma?". Kami pun jom-jom (masing-masing muka lapar hahaha) dengan pakai baju korporat kelabu nak serang Mcd beramai-ramai..

Bila sampai aje di Mcd terkejut lah panjang gila barisan orang yang nak beli breakfast. Masing-masing dah pegang kupon kat tangan tak sabar-sabar nak tebus. Kami pun golongan yang same macam mereka jgk hahha. Untuk dapatkan 2 big Breakfast free kite perlu beli mana2 set breakfast melebihi 5 ringgit baru boleh tebus kupon tu.

Ini hasil nya kalu dapat makanan free..

Set Breakfast yuni ngan shah harga untuk mendapat kan makan di atas ni hanya RM 15.89. 


Muka-muka ceria


Aksi-aksi check makanan
Sesi photoshoot selepas kenyang




p/s mkan 1 set aje pun dah kenyang, lagi 2 set tu leh wat mkan tuk tengah hari & malam jimat2.


Wassalam..

Today My Life Begin


Today My Life Begins - 
Bruno Mars



i've been working hard so long
seems like pain has been my only friend
my fragile heart's been done so wrong
i wondered if i'd ever heal again

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

yesterday has come and gone
and i've learn how to leave it where it is
and i see that i was wrong
for ever doubting i could win

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

life's to short to have regrets
so i'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins
today my life begins...








p/s kepada anda-anda jom lah kita kecapi bahagia yang sebenar.. Udah2 lah tu pikir pasal orang lain kite pikir pasal diri kite jugak.

Tuesday, March 29, 2011

Kucing Kesayangan

Assalammulaikum...

Hari ini entri mengenai kucing kesayangan, kenape ek ada orang takut pada kucing.  Kucing kan comel, bukan comel cket tapi comel sangat-sangat. Kalu la kucing tu kecik aje tidak besar-besar kan best macam tu aje. Boleh ke macam tu?

Keluarga yuni memang membela kucing sekarang nie kat umah ada 9 ekor kucing. Kalu kucing-kucing yang di bela tak sakit, tak kene langgar ngan kereta mesti lagi banyak kan..
Secomel-comel kucing ada jugak manusia sanggup melakukan perkara luar batasan seperti membunuh, menyeksa dan segala bagai.

Keluarga yuni pun ada pengalaman sebegitu rupa bila ia berlaku  depan mata  kucing yang paling di sayangi oleh adik no2 Riduan mati sebab di langgar oleh jiran belakang umah. Sedih sangat orang yang langgar tu slumber aje bawak kereta macam tidak berlaku ape2 kan . Ada ke patut kawasan perumahan nak bawah kereta laju-laju ingat litar lumba ke main bantai aje. Paling kesian sekali mase ewan tanam kucing tu die sedih sangat.

Mane tidaknya kucing yang selalu die belai-belai sudah tiada lagi. Kami sabar aje la ngan pakcik tu. Pada keesokan hari, pakcik lalu depan umah ayah tahan pakcik bawak kereta tu bagi tau kat pakcik tu yang di dah langgar kucing kami. Ayah bagi nasihat apa kami tidak tau lah, hanya mampu melihat dari pintu rumah aje.
Selepas kejadian hari tu pakcik tu bawak pelahan bile lalu depan rumah kami.  "Tau Takut eh"

Nasib baik die langgar kucing kalu langgar anak orang macam mane. PRIHATIN la cket.

Cerita di atas adalah tuk kucing betty
ini Encik Toi saya.


Si kecil bubu


p/s Kucing ini le jadi peneman mak kat umah maklum la anak-anak dah besar!.. 


Wasalam..

Kerna Sayang





Kerna Sayang Lirik. ~V.E~


Dari tadi kau berlari
ku fikirkan.. hanya engkau yg ku idamkan
tak pernah pula kau bercerita.. siang mlm kau menderita
jangan dibiarkan perasaan menawar hati
jangan dibiarkan semuanya berlalu pergi

aku di sini
ku tetap berdiri
ku mengundang kasih
pergi sendiri
ku takkan kembali
agar kita kan bersama

jgn pulangkan kerinduan
tiap kali kau berjauhan
tidak mudah ku melupakan.. kerna sayang
kali pertama di pandangan
buat ku terbang di awangan
jangan pulangkan kerinduan.. kerna sayang

engkau memungkiri janji.. bukan aku
engkau yg melupakannya.. bukan aku
hanya aku yg impikan.. agar kita berbahagia hingga ke anak cucu
tapi itu semuanya kenangan.. yg tinggal hanya perasaan
dlm doaku hanya ingin selalu di samping mu.. oh pulanglah

aku di sini
ku tetap berdiri
ku mengundang kasih
pergi sendiri
ku takkan kembali
agar kita kan bersama

jgn pulangkan kerinduan
tiap kali kau berjauhan
tidak mudah ku melupakan.. kerna sayang
kali pertama di pandangan
buat ku terbang di awangan
jangan pulangkan kerinduan.. kerna sayang setiap kali ku mengenangkan mu
siang..mlm.. ku doakan kebahagian mu
yg ku pinta hanyalah.. tulus hati mu..
ada kau balas kerinduan ku



Kerna Syang Video Klip




p/s Orang berkata-kata kalu kita dengar lagu leh hilang kan stress betul ke? . wah rindu kat seseorang lah...

Background Blog

assalammulaikum sume..

Malam ini yuni nak buat entri mengenai background untuk blog yuni ni. Tengah-tengah bosan duduk depan labtop ni buka lah software CS3. Cuba-cuba nak melukis tapi hitam putih aje lah... tp sebenarnya bukan yuni melukis pun cuma menggunakan aplikasi dalam CS3 tu sendiri menggunakan brush yang di download dari website orang lain nak tau hasil nya seperti di bawah ya






Ha macam mane??? rupa nya macam lukisan budak-budak kan.. hehehe

p/s nape hitam putih ek..

Friday, March 25, 2011

Hati



Semua di sebabkan hati jiwa, perasaan semua benda-benda saling berkait rapat antara satu sama lain kan.  Kerana niat dari hati kita  adalah punca segala-galanya. 

Dari kajian sains juga, banyak mengatakan,jika rosak nya hati, maka rosaklah tubuh badan manusia. Dari impak hati, akan memberikan 1 tindak balas kepada anggota tubuh badan yang lain.

Penjagaan hati amatlah penting di sebabkan  seiring dengan segala kehendak dan segala perintahNya. Bila hati itu bersih, segala perlakuan dari kita akan mendapat ilham dan panduan dari Allah untuk menjalankan segala kebaikan dan dalam menegakkan kebenaran.


Salah satu cara mengubat penyakit hati ialah hendaklah berbaik sangka sesama manusia. Ini bermaksud kita cuba menjauhi diri kita dari berburuk sangka atau was-was terhadap perlakuan manusia yang lain ke atas diri kita.

Jauhi diri dari segala hasad dengki. Ketahuilah kita segala perasaan hasad dengki itu merupakan bisikan syaitan. Buanglah segala sikap sombong dan bongkak. Kerana sifat ini bukan sahaja tidak di sukai oleh manusia, malah di murkai oleh-Nya.
Hiasilah diri dengan sikap suka memaafkan kesalahan orang lain. Kerana setiap manusia itu tidak pernah terlepas daripada membuat sesuatu kesalahan. Tetapi jangan lah pula mengukum satu kesalahan itu sampai bila-bila menyebabkan hati sakit.

 Dan akhir sekali, sentiasa bersikap ikhlas segala apa jua amalan yang kita lakukan sama ada pada manusia apatah lagi pada kewajipan kita sebagai hamba-Nya. Setiap perlakuan dan amalan kita semata-mata hanya mengharapkan keredhaan Allah . Akhirnya hati tidak sakit lagi dan tidak di sakit lagi. Reda ngan ketentuan yang di beri dan menjalani hidahup ngan sempurna dengan izin-Nya.

p\s entri ini tidak di tujukan pada siapa-siapa. Ini hanya untuk muhasabah diri sendiri sahaja. Saya ini bukannye baik sangat mcm anda-anda tu kan... Lebih baik SEDAR dari TERLUPA!.

Sunday, March 6, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber : iluvislam.com

Saturday, March 5, 2011

Lagu : Slot Akasia





Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa

"Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang"



Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita
Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia


Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata ditutup disitu ada cinta


Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat dipinggirkan
Namun kita manusia senang dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak dikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati