Friday, March 25, 2011

Hati



Semua di sebabkan hati jiwa, perasaan semua benda-benda saling berkait rapat antara satu sama lain kan.  Kerana niat dari hati kita  adalah punca segala-galanya. 

Dari kajian sains juga, banyak mengatakan,jika rosak nya hati, maka rosaklah tubuh badan manusia. Dari impak hati, akan memberikan 1 tindak balas kepada anggota tubuh badan yang lain.

Penjagaan hati amatlah penting di sebabkan  seiring dengan segala kehendak dan segala perintahNya. Bila hati itu bersih, segala perlakuan dari kita akan mendapat ilham dan panduan dari Allah untuk menjalankan segala kebaikan dan dalam menegakkan kebenaran.


Salah satu cara mengubat penyakit hati ialah hendaklah berbaik sangka sesama manusia. Ini bermaksud kita cuba menjauhi diri kita dari berburuk sangka atau was-was terhadap perlakuan manusia yang lain ke atas diri kita.

Jauhi diri dari segala hasad dengki. Ketahuilah kita segala perasaan hasad dengki itu merupakan bisikan syaitan. Buanglah segala sikap sombong dan bongkak. Kerana sifat ini bukan sahaja tidak di sukai oleh manusia, malah di murkai oleh-Nya.
Hiasilah diri dengan sikap suka memaafkan kesalahan orang lain. Kerana setiap manusia itu tidak pernah terlepas daripada membuat sesuatu kesalahan. Tetapi jangan lah pula mengukum satu kesalahan itu sampai bila-bila menyebabkan hati sakit.

 Dan akhir sekali, sentiasa bersikap ikhlas segala apa jua amalan yang kita lakukan sama ada pada manusia apatah lagi pada kewajipan kita sebagai hamba-Nya. Setiap perlakuan dan amalan kita semata-mata hanya mengharapkan keredhaan Allah . Akhirnya hati tidak sakit lagi dan tidak di sakit lagi. Reda ngan ketentuan yang di beri dan menjalani hidahup ngan sempurna dengan izin-Nya.

p\s entri ini tidak di tujukan pada siapa-siapa. Ini hanya untuk muhasabah diri sendiri sahaja. Saya ini bukannye baik sangat mcm anda-anda tu kan... Lebih baik SEDAR dari TERLUPA!.

No comments:

Post a Comment